Sunday, October 21, 2007

Keinsafan...

Ku dipenuhi keinsafan pabila ku menjejakkan kaki ke tanah perkuburan
Lebih sayu hati ku bila mengenangkan mereka yang telah pergi
Terbayang-bayang wajah mereka di dalam fikiran ku

Pagi ini, daku, abah, pakcik dan makcik ku serta sepupu ku telah menziarahi tanah perkuburan..
As usual, kita mulakan dengan bersarapan di RESTU restaurant
Thosai menjadi pilihan ku

Lalu setelah habis bersarapan, kita menuju ke destinasi
Di sepanjang perjalanan, daku teringatkan tentang pengalaman ku menziarahi seseorang diri
Sesat ku dibuat nya
Tidak satu pun yang dapat ku temui
Tapi syukur lah
Setelah lamanyer, daku dapat menziarahi kubur lagi,
lebih2 lagi, melawat arwah adik ku
Ya, adik ku yang telah lama pergi
Yang ku kasihi
Masih terbayang wajahnyer di fikiran ku

Setelah melawat beberapa kubur,
tibalah ke giliran arwah adikku
Alangkah sayu nyer hati ku, melihat keadaan kubur adik ku,
Batu nisan nyer senget
Tidak terurus
Haiz, abah mengeluh kerana nampak nyer kubur adik ku tidak di jaga, dan ditukar papan nyer
walaupun telah dibayar duit nyer
Hati ku sedih,
Rasa ingin menangis sahaja disitu
Dan seperti ku tidak mahu berjalan jauh dari kubur adikku
Alangkah rindu nye aku kepada nyer
Sudah lama ku tidak mimpikan nyer
Ku ingin bertemunyer sekali lagi
Ya ALLAH, kabulkan permintaan ku ini

Dan melihat rendah nyer langit,
dan awan2 yang menyelubungi kubur dari terik mentari
Ku menjadi insaf
kerana hidup ini hanyalah sementara
Dan tidak aku ingin mensia-siakan hidup ini
Aku berazam untuk menjadi seorang insan yang taat pada semua
Ya ALLAH, ampuni segala dosaku
Dan rahmatilah pada mereka yang telah pergi...
Amin

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home